Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Jul 19 - 20, 2017 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Meningkatkan Kecemerlangan Setiausaha, Pembantu Tadbir & Penyelia

(penceramah: Encik Dzulkifli bin Sipon )

objektif

Peranan seorang penyelia, pegawai pentabir atau setiausaha, semakin mencabar memandangkan perkembangan dalam dunia perniagaan seterusnya dalam sekitaran pejabat. Cabaran dan pembanguan ini memerlukan skil-skil yang baru bagi mengatasinya. Skil-skil yang sedia ada perlu dikuatkan.

Azam serta sikap globalasi adalah sangat penting mahupun di bidang kerajaan atau swasta. Soalan yang mesti ditanya adalah, “Adakah kita serta kakitangan kita bersedia untuk sekemuka serta mengatasi cabaran – cabaran baru ini?”

Kursus interaktif ini akan membantu para penyelia serta pegawai pentadbir sedar akan perkembangan ini. Mereka juga akan didedah skil-skil, ilmu, aspirasi serta sikap yang baru.

kandungan

PERANAN DAN TUGAS SEORANG PEMBANTU TADBIR, SETIAUSAHA DAN PENYELIA
     - Memahami Struktur Sebuah Organisasi
     - Harapan Jabatan/Ketua Jabatan Anda
     - Kualiti Seorang Pembantu Tadbir atau Pekerja Pentadbiran yang baik
     - Tugas-tugas Anda

SIKAP KERJA SERTA IMEJ
     - Memahami Sikap
     - Apa itu Imej?
     - Perhubungan Sikap dengan Imej

MENCIPTA KECEMERLANGAN
     - Apa itu Kecemerlangan?
     - Bagaimana Anda Menilai Kecemerlangan?
     - Asas Kecemerlangan – Strategi dan Budaya

MERANCANGKAN KERJA ANDA
     - Apa itu Rancangan?
     - Jenis-jenis Perancangan
     - Pertimbangan-Pertimbangan Awal di dalam Perancangan
     - Pengurusan Masa

PERHUBUNGAN AWAM DAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SEORANG PEMBANTU TADBIR/ SETIAUSAHA/PENYELIA
     - Membina Imej Perhubungan Anda
     - Pekerjaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam
     - Berkomunikasi dengan berkesan
     - Teori dan Proses Komunikasi
     - Komunikasi Lisan
     - Cara-cara untuk Meningkatkan Kemahiran Berbicara
     - Penghalang bagi Komunikasi Berkesan

PERHUBUNGAN KEMANUSIAN SERTA KEPIMPINAN
     - Senarai Semakan Perhubungan Kemanusian
     - Kualiti Pepimpinan

PERKHIDMATAN PELANGGAN 
     - Memahami Konsep Perkhidmatan Pelanggan
     - Kepentingan Perkhidmatan Pelanggan yang Baik
     - Budaya Perkhidmatan

PELAN TINDAKAN
     - Analisa SWOT
     - Menyediakan Pelan Tindakan bagi menjadi seorang Pembantu     
     -  Tadbir/Setiausaha/Penyelia yang Cemerlang
 

metodologi

Ceramah, Kajian Kes, Permainan, Menyediakan Pelan Tindakan
Perbincangan Secara Berkumpulan & Sesi Soal Jawab

peserta

Pembantu Pentabir, Penyelia, Ketua kerani, Line Leader, Setiausaha    

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 05/07/2017

Biasa: RM 1,495.00 nett / RM1,395.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 nett / RM 1,295.00 nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK DZULKIFLI BIN SIPON

Berkelulusan Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia, UPM), Dzulkifli Sipon telah terlibat dalam bidang latihan dan perundingan melebihi 20 tahun. Bidang kepakaran beliau ialah pengurusan dan pembangunan Sumber Manusia, pengurusan kualiti, kreativiti, innovasi, kepimpinan, komunikasi dan motivasi.. Beliau pernah berkhidmat di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan semasa di MPC beliau telah menjalankan banyak program latihan untuk pengurus, penyelia dan staf organisasi sektor awam dan swasta.

Antara program latihan yang dijalankan adalah Leadership Skills, Team Building, Pengurusan Masa Berkesan, Effective Communication Skills, Stress Management, Coaching for Leaders. Train The Trainers, Managing Effective Training, Interpersonal Effectiveness, Kepimpinan Berkesan dan Kemahiran Interpersonal untuk Penyelia, Membentuk Kumpulan Inovatif yang Dinamik, Perkhidmatan Kaunter yang Cemerlang, Perkhidmatan Layanan Telefon yang Berkualiti, Perubahan Sikap untuk Kecemerlangan Khidmat Pelanggan, Managing Leadership Talent for Organisational Competitiveness, Change Management Techniques, Motivasi Berkesan dalam Organisasi, Evaluating Training Effectiveness, Creative Thinking, Rationale Problem Solving and Decision Making, Kerja Berpasukan untuk Kecemerlangan Organisasi, Effective Conflict Management, dan Strategic Innovative Thinking.

Dzulkifli adalah pakar rujuk Asian Productivity Organization’s (APO) dalam Human Resource Management. Beliau juga menerima persijilan kejurulatihan daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Organisasi-organisasi termasuk Malaysia Airline System, PETRONAS, NESTLE, BATA, Mah Sing Plastics Sdn Bhd, Panasonic, Dunlop, Matsushita, PROTON, Hotel Singgahsana, Syed Badaruddin Clinic, Ummi Syasya Enterprise, dan Zubaidah Resources MARDI, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), FELDA, RISDA, KWSP, JPA, MITI, MATRADE, Institut Latihan dan Kehakiman (ILKP), Kementerian Kewangan, Lembaga Pelabuhan Johor,(LPJ) Jabatan Bomba dan Penyelamat, UKM dan UiTM telah mendapat manafaat daripada program latihan yang dijalankan oleh beliau.