Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Ogos 16 - 17, 2017 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Pengurusan Stor & Inventori yang Berkesan

(penceramah: Tuan Hj. Abdullah Kassim )

objektif

Di akhir program ini, para peserta akan dapat memahami:

      - Fungsi dan jenis-jenis stok;
      - Konsep penerimaan dan pemeriksaan barangan;
      - Pengkelasan inventori (stok);
      - Kaedah penyimpanan barang;
      - Susunatur stor untuk kecekapan kawalan stok;
      - Konsep kawalan dan pengiraan stok;
      - Menilai kecekapan operasi stok dan stor.

kandungan

Pengenalan
     - Memahami Produktiviti dan Peningkatan Kecekapan
        operasi organisasi
     - Keperluan pengurusan Stor dan Stok sebagai satu
        pendekatan peningkatan produktivti

Fungsi-Fungsi Pengurusan Stor dan Stok
     - Pengenalan semua item di dalam stor
     - Proses penerimaan barangan, pemeriksaan, mengeluar
        dan menghantar.
     - Kawalan stok
     - Stock Taking (Pengiraan Stok)
     - Aktiviti Penyimpanan

Kaitan di antara Stok dengan Kos
     - Holding costs – kos menyimpan barangan untuk satu
        tempoh masa
     - Ordering costs – kos dikaitkan dengan membuat peasanan
        dan penerimaan barangan
     - Setup costs – kos untuk menyediakan mesin atau proses

Pengenalan Item di Dalam Stor
     - Identifikasi dan pengklasan stok
     - Kaedah pengklasan – subjek dan geografi

Proses Penerimaan Barangan
     - Perancangan untuk penerimaan barangan
     - Menentukan prosedur penerimaan
     - Aktiviti-aktiviti di dalam proses penerimaan
     - Proses-proses pemeriksaan
     - Tindakan terhadap discrepancy penerimaan

Kawalan Stok
     - Apakah kawalan stok
     - Apakah kawalan yang diperlukan
     - Apakah kos di dalam kawalan stok
     - Bila Membuat pesanan
     - Berapa banyak perlu dipesan
     - Titik pesanan ekonomi (EOQ)
     - Sistem ‘ABC’ untuk kawalan stok

Stock Taking (Pengiraan Stok)
     - Apakah objektif pengiraan stok
     - Tatacara Pengiraan Stok
     - Langkah-langkah Membetulkan Discrepancy

Penyimpanan Stok
     - Konsep Susunatur Barang (Material Layout)
     - Popularity, Similarity, Size and Characteristics
        barangan
     - Keperluan Ruang untuk Simpanan
     - Prinsip Susunatur Stor
     -  Konsep Pengeluaran Barangan

Kajian Kes


metodologi

Kaedah yang akan digunakan ialah syarahan, perbincangan, sesi soal jawab dan latihan.

peserta

Penyelia-penyelia atau individu yang terlibat dalam pentadbiran/operasi/pengeluaran dan penyimpanan atau sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kawalan stok.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 02/08/2017

Biasa: RM 1,495.00 nett / RM1,395.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 nett / RM 1,295.00 nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - TUAN HJ. ABDULLAH KASSIM

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Operasi dan Sistem Pembuatan (MSc)  dari Universiti Nottingham, United Kingdom, beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 22 tahun dalam menjalankan kerja-kerja latihan dan perundingan dalam peningkatan kualiti dan produktiviti.  Beliau pernah bertugas di Perbadanan Produktiviti Malaysia  (MPC) sebagai Pengurus Pengurusan Kejuruteraan Industri

Bidang pengkhususan beliau adalah Production and Operation Management, Pengurusan Kualiti, Innovative and Creative Circle, Kaizen dan  Amalan 5S.

Seorang juruperunding yang berpengalaman dalam implementasi ICC beliau pernah menghakimi Konvensyen-konvensyen ICC di syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka.

Seorang ahli audit teknikal Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) yang telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Antara pelanggan-pelanggan beliau dalam latihan dan perundingan adalah Rajang Port Authority, Federal Cables, Tenaga Cable, Mindef, Sony Video, Ampang Putri Specialist Centre, Solectron, UPM, Hitachi Electronics, MATRADE, SIRIM, Toshiba Electronics, TLDM, TNB, Nikko Electronics, Lembaga Tabung Haji, Aerod, Mitsumi Electronics, MCB Holding dan Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga pernah mengikuti latihan pengurusan kualiti  di Netherland, Jepun, Taipei, Indonesia dan Malaysia.