Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Ogos 22 - 23, 2017 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Pengurusan Fail & Rekod

(penceramah: Encik Tan Por Sing )

objektif

1.    Memperkenalkan prinsip –prinsip, teknik moden dan prosedur yang
        sewajarnya di dalam pengurusan fail dan rekod organisasi bagi
        meningkatkan produktiviti.
2.    Menguruskan fail dan rekod secara efektif dan berkesan
3.    Menyeragamkan pengurusan fail dan rekod di syarikat

 

kandungan

1.  Pengenalan kepada Pengurusan Fail & Rekod
      -  Apa itu Fail?
      -  Kenapa kita perlu sistem Pengurusan Fail & Rekod yang bagus?
      -  Apa masalah-masalah dalam Pengurusan Fail & Rekod?
      -  Kepentingan sistem penfailan yang baik
      -  Kitaran Hidup Rekod
     Kerja Berkumpulan 

2.   Keperluan ISO 9001  dalam Kawalan  dokuman  dan rekod
      -    Kawalan dokuman
               -  Ciri-ciri kawalan dokuman            
      -    Kawalan rekod
               -  Ciri-ciri kawalan rekod             

3.   Sistem Penfailan dan Klasifikasi
      -    Jenis-jenis klasifikasi fail
               - “Alphabetical”, “Numerical” dan “Alpha-numerical”
               -  Contoh setiap klasifikasi fail
               -  Kekuatan & Kelemahan setiap klasifikasi fail
      Kerja Berkumpulan

4.  Kawalan Fail dan Rekod
     -    Bagaimana untuk menghalang daripada kehilangan rekod yang
           dipinjam dari fail?
     -    Bagaimana untuk menghalang rekod daripada hilang dalam fail.
     -    Menggunakan  sistem “charge” bagi  kawalan fail dan rekod.
     -    Kepentingan “SOP” untuk meningkatkan Kawalan Fail & Rekod
     -    Contoh “SOP” dalam pengurusan fail & rekod
   Kerja Berkumpulan

5.  Penyimpanan dan Pemusnahan Rekod
    
  -    Apakah Jadual Penyimpanan Rekod?
      -    Kelebihan Jadual Penyimpanan Rekod
      -    Peraturan kerajaan dalam Penyimpanan dan Pemusnahan rekod
      -    Faktor-faktor penilaian rekod
      -    Contoh jadual penyimpanan rekod
      -    Mengatur Jadual Penyimpanan
      -    Pemindahan & Pemusnahan – Faktor-faktor yang perlu
           dipertimbangkan
      -    Perancangan pemindahan rekod
      -    Bagaimana menetapkan jadual pemusnahan
      -    Pemusnahan Fail
     Kerja Berkumpulan

6. Amalan 5S di dalam pejabat
     -  Definisi “Seiri”, “Seiton”, “Seiketsu”, “Seiketsu” and “Shitsuke”
     -  Sebahagian contoh Amalan 5S yang baik di dalam pejabat
     -  Kelebihan 5S
     -  5S dan Pengurusan Rekod

7.   Kerja Berkumpulan: Fail Anda
     Sesi ini membincangkan amalan pengurusan fail & rekod di syarikat para
     peserta. Ia bertujuan membolehkan ahli kumpulan memberikan tindakbalas
     secara spontan untuk mempertingkatkan sistem dan amalan pengurusan fail di
     dalam syarikat mereka.

metodologi

Persembahan Power Point, Kerja kumpulan, kajian kes dan sesi soal jawab.

peserta

Semua kakitangan yang terlibat di dalam pengurusan fail atau pengendalian  rekod-rekod.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 08/08/2017

Biasa: RM 1,495.00 nett / RM1,395.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 nett / RM 1,295.00 nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK TAN POR SING

Berasal dari Kelantan, Ketua Juruperunding dan Jurulatih Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd., Encik Tan berpengalaman lebih daripada 20 tahun  dalam bidang Peningkatan Kualiti dan Produktiviti. Pengalaman kerja Encik Tan juga termasuk mengurus jabatan pengeluaran, penyelenggaraan dan operasi syarikat.

Antara pengalaman Encik Tan dalam latihan dan perundingan termasuk teknik-teknik Operasi dan Peningkatan seperti TQM, QCC/ICC, SPC, ISO 9000, 5S, QC Tools, Kaji Kerja, Amalan Kaizen, Pengurusan Fail dan Rekod, Pengurusan Stor dan Inventori, Keselamatan Perusahaan dan lain-lain lagi. 

Pelanggan-pelanggan Encik Tan dalam latihan dan perundingan merangkumi antara syarikat antarabangsa dan tempatan termasuk Saudi Iron & Steel Company di Saudi Arabia, Western Digital, Freescale, Samsung, PNB, Perodua, Panasonic, Acidchem International, Sime Darby, Petron Malaysia Refining & Marketing, Dyson Manufacturing, Prince Court Medical Centre, Rahim & Co., TNB, Petronas Gas, Bumi Armada,  MMHE, Indah Water, Litrak, Institute Technology Perak, NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW).

Encik Tan adalah seorang Jurutera Mekanikal berkelulusan BSc in Mechanical Engineering dari Strathclyde University, Scotland dan MSc. (with Distinction) in Manufacturing Systems Engineering dari Warwick University, England.  Beliau pernah menghadiri program latihan di Jepun, Australia, The Netherland, India, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura dan juga di Malaysia. 

Belaiu juga juruaudit ISO 9000 dan ISO 14000 yang bertauliah dan beliau telah membantu banyak syarikat dalam mencapai ISO 9001. Beliau menghadiri dan mendapat kelulusan dalam program-program seperti IRCA registered auditing quality system course (lead auditor training course) dan EARA approved advanced EMS auditing course for quality personnel.

Encik Tan pernah menghakimi konvensyen-konvensyen ICC/QCC/QIT sebagai Panel Penilai Konvensyen seperti PNB National Innovations and Quality Convention, Rapid KL ICC Konvensyen dan juga pernah sebagai Ketua Panel Penilai di Konvensyen Kebangsaan MPC.dan MAMPU

Encik Tan mewaikili Malaysia sebagai “National Quality Management Expert”.di Persidangan Antarabangsa Anugerah Pengurusan Kualiti di Tokyo yang ditaja oleh Asian Productiviti Organization (APO). Beliau juga mempunyai “blue-card” antarabangsa sebagai pengamal Teknik Methods-Time Measurement dari  Persatuan M-TM United Kingdom. 

Encik Tan fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris