Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Sep 26 - 27, 2017 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Imej Koporat & Etiket

(penceramah: Ms. Hamidah Hashim )

objektif

Dengan tamatnya kursus ini, maka peserta-peserta akan berupaya untuk:

•    Memberikan penekanan tentang cara dan etika bila berkomunikasi
•    Menanam sikap dan tingkahlaku yang positif
•    Mempamerkan peradaban yang sesuai dalam menjalankan tugas
•    Menonjolkan penampilan yang professional

kandungan

1. Personaliti yang Berkeyakinan
      -    sikap dan professionalisme
      -    kemahiran utama dalam pekerjaan
      -    kualiti kerja

2. Memahami Etiquette dan Protokol
      -    semasa bekerja di pejabat
      -    dalam mesyuarat
      -    bila menerima pelawat atau tetamu
      -    bila bertemu dengan pelanggan/pelawat (meeting & greeting)
      -    bila memenuhi temu-janji (appointment)
      -    peradaban menghadiri majlis dan di meja makan
      -    memahami dan menghormati ‘dress code’

3. Impak bahasa tubuh badan atau ‘body language’
      -    gerak tangan (gestures)
      -    pandangan mata (eye contact)
      -    cara berdiri dan duduk (posture)
      -    ekspresi muka (facial expressions)
      -    jarak ruang (space)
      -    cara berjalan

4. Kemahiran Berkomunikasi
      -    mendengar, bertanya dan bertutur
      -    komunikasi di talipon
      -    peradaban menggunakan talipon
      -    teknik penggunaan talipon yang cekap & efektif
      -    kualiti suara

5. Penampilan yang professional dan bertenaga
      -    pemilihan pakaian
      -    warna yang sesuai (colour harmony)
      -    mengenalpasti ‘style’ anda
      -    aksesori dan tudung
      -    ‘wardrobe makeover’
      -    wajah yang berseri (skin-care & make-up)
      -    ‘practical session’
      -    penjagaan rambut
      -    kebersihan diri (personal hygiene)

6. Cara-cara mengurangkan stress di pejabat
      -    mengenalpasti tanda-tanda dan punca stress anda
      -    teknik-teknik mengurangkannya
      -    penjagaan kesihatan

metodologi

Ceramah untuk penerangan konsep disusuli dengan simulasi individu dan
berkumpulan (role-play).  Demonstrasi dan practice session akan dilakukan
semasa sesi penampilan terutamanya make-up dan skin-care. Facilitator(s)
akan menilai dan memberi maklum-balas atas setiap peserta
(skincare, hair, make-up and wardrobe).

peserta

Terbuka kepada semua individu di dalam organisasi yang ingin meningkatkan
penampilan serta kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui talipon.
Juga untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka semasa berinteraksi
dengan pelanggan atau pelawat.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 12/09/2017

Biasa: RM 1,495.00 Nett / RM1,395.00 Nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 Nett / RM1,295.00 Nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - MS. HAMIDAH HASHIM

Beliau adalah seorang penceramah bebas yang mempunyai latar-belakang dalam bidang pembangunan diri dan pengurusan, komunikasi dan juga perbankan selama lebih 18 tahun.

Hamidah menuntut dalam jurusan I.C.S.A. di ITM, Shah Alam (1980-1984) dan telah menerima biasiswa BBMB. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di Bank tersebut dalam tempoh lebih lapan tahun. Semasa di BBMB lah, beliau telah dihantar berkursus untuk memperolehi Certificate in Development (ITD, U.K.) dan Diploma in Training Management supaya diiktiraf sebagai tenaga penceramah. Selepas meninggalkan BBMB, Hamidah telah menghadiri kursus ”Loyalty Management” di Oslo, Norway untuk lebih mahir dalam bidang pengurusan khidmat pelanggan. Beliau juga diiktiraf sebagai penceramah oleh PSMB.

Pengalaman beliau dalam industri latihan termasuk mengendalikan public seminars dalam bidang khidmat pelanggan, komunikasi dan pengurusan imej . Antara organisasi yang telah menggunakan khidmat beliau untuk program in-house termasuk HSBC, IBM, CIMB, Panasonic, Air Asia, Securities Commission, Sunway Group, Hotel Maluri, Kuwait Finance House, Maybank, PETRONAS, Proton Edar, Naza Motors, Telekom, TNB dan Kementerian Pembangunan Brunei Darussalam.

Kelebihan Hamidah adalah dalam topik-topik seperti Imej Korporat, Komunikasi dan Khidmat Pelanggan. Beliau juga pernah menjadi penceramah jemputan untuk siri motivasi di Selamat Pagi Malaysia untuk topik ’Perubahan Diri’ dan juga ’Kemahiran Berkomunikasi’. Beliau telah belajar tentang Pengurusan Imej dari Robert Pante, Konsultan Imej terkemuka dari Amerika dan juga tentang harmoni warna dari pakar warna dari Australia.

Pengalaman beliau yang lain termasuk memberi latihan kepada sukarelawan-sukarelawan ABM (Antarabudaya Malaysia atau AFS – International & Intercultural Programs) semasa memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga. Beliau pernah menjadi penceramah jemputan dalam perhimpunan AFS di Dunedin, New Zealand untuk topik Cross-Cultural Adaptation Skills.

Cara penyampaian beliau yang bertenaga dan bersahaja mendapat maklumbalas yang positif dari para peserta kursus.