Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Dis 20 - 21, 2017 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Meningkatkan Prestasi Kerja Melalui Sikap Kerja Positif

(penceramah: Encik Dzulkifli bin Sipon )

objektif

Kursus ini akan mengajar anda bagaimana untuk:

     - Membantu mencetuskan keinginan untuk melakukan tugas dengan lebih efektif
     - Meningkatkan daya kreativiti dalam menghadapi cabaran kerja harian
     - Mempelajari langkah untuk memastikan kerja harian lebih produktif
     - Mempelajari langkah-langkah untuk mendisiplinkan diri sendiri
     - Membina Imej dalaman dan luaran yang positif
     - Membina semangat berpasukan dan pergaulan antara pekerja

 

kandungan

1. MENANGANI SIKAP DI DALAM DIRI ANDA
     - Memahami Konsep Sikap
     - Memahami Konsep Kerja
     - Kesedaran Pada Perubahan

2. CABARAN-CABARAN DITEMPAT KERJA DIABAD BARU
     - Perubahan di dalam Pasaran Globalisasi
     - Memahami Perbezaan Kebudayaan
     - Perubahan Tenaga Kerja Serta Cara Membuat Kerja
     - Inovasi Teknologi
     - Masalah Etika

3. ETIKA KERJA
     - Adakah Anda Seorang Pekerja Efektif Dan Produktif?
     - Konsep 5S

4. MEMBINA SIKAP KERJA BERPASUKAN
     - Apakah itu Pasukan?
     - Kenapa Mesti Bekerja Berpasukan?
     - Ciri-ciri Berpasukan

5. KONSEP IMEJ
     - Kepentingan Konsep Imej
     - Bagaimanakah Imej Anda?
     - Cara-cara untuk Memperbaiki Imej Anda

6. STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI
     - Memehami beberapa teori-teori motivasi
     - Konsep dan kepentingan motivasi
     - perkara perkara yang menjadi pendorong anda

7. MENYEDIAKAN PELAN TINDAKAN
     - Analisa SWOT
     - Mengenal Potensi Diri
     - Pelan Tindakan Bagi Membina Sikap Kerja Positif

metodologi

Ceramah, Latihan-latihan Simulasi, Perbincangan Secara Berkumpulan, Aktiviti Berkumpulan, Sesi Soal Jawab.

peserta

Penyelia, Pentadbir, Pembantu Tadbir, Kerani , Pembantu Kerani, Penyelia Perkeranian, Semua yang terlibat di dalam pengendalian sesebuah syarikat.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 06/12/2017

Biasa: RM 1,495.00 Nett / RM1,395.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 Nett / RM 1,295.00 Nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK DZULKIFLI BIN SIPON

Berkelulusan Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia, UPM), Dzulkifli Sipon telah terlibat dalam bidang latihan dan perundingan melebihi 20 tahun. Bidang kepakaran beliau ialah pengurusan dan pembangunan Sumber Manusia, pengurusan kualiti, kreativiti, innovasi, kepimpinan, komunikasi dan motivasi.. Beliau pernah berkhidmat di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan semasa di MPC beliau telah menjalankan banyak program latihan untuk pengurus, penyelia dan staf organisasi sektor awam dan swasta.

Antara program latihan yang dijalankan adalah Leadership Skills, Team Building, Pengurusan Masa Berkesan, Effective Communication Skills, Stress Management, Coaching for Leaders. Train The Trainers, Managing Effective Training, Interpersonal Effectiveness, Kepimpinan Berkesan dan Kemahiran Interpersonal untuk Penyelia, Membentuk Kumpulan Inovatif yang Dinamik, Perkhidmatan Kaunter yang Cemerlang, Perkhidmatan Layanan Telefon yang Berkualiti, Perubahan Sikap untuk Kecemerlangan Khidmat Pelanggan, Managing Leadership Talent for Organisational Competitiveness, Change Management Techniques, Motivasi Berkesan dalam Organisasi, Evaluating Training Effectiveness, Creative Thinking, Rationale Problem Solving and Decision Making, Kerja Berpasukan untuk Kecemerlangan Organisasi, Effective Conflict Management, dan Strategic Innovative Thinking.

Dzulkifli adalah pakar rujuk Asian Productivity Organization’s (APO) dalam Human Resource Management. Beliau juga menerima persijilan kejurulatihan daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Organisasi-organisasi termasuk Malaysia Airline System, PETRONAS, NESTLE, BATA, Mah Sing Plastics Sdn Bhd, Panasonic, Dunlop, Matsushita, PROTON, Hotel Singgahsana, Syed Badaruddin Clinic, Ummi Syasya Enterprise, dan Zubaidah Resources MARDI, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), FELDA, RISDA, KWSP, JPA, MITI, MATRADE, Institut Latihan dan Kehakiman (ILKP), Kementerian Kewangan, Lembaga Pelabuhan Johor,(LPJ) Jabatan Bomba dan Penyelamat, UKM dan UiTM telah mendapat manafaat daripada program latihan yang dijalankan oleh beliau.