Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Feb 12 - 13, 2018 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Pengurusan Stor & Inventori yang Berkesan

(penceramah: Encik Mohd Pathir Gopalakrishnan )

objektif

Di akhir program ini, para peserta akan dapat memahami:

1.   Memahami organisasi dan peranan stor, termasuk objektif, fungsi dan
      perhubungannya dengan fungsi-fungsi lain.
2.   Mengetahui berbagai keadah penyimpanan dan memilih kaedah penyimpanan
      yang paling sesuai untuk stor anda.
3.   Memilih teknik terbaik bagi sistem penyimpanan/pengutipan yang sesuai
      dengan persekitaran stor syarikat anda.
4.   Meningkatkan pengetahuan di dalam teknik-teknik pengawalan inventori
      yang digunakan dengan meluas di dalam industry anda.
5.   Mengetahui jenis-jenis peralatan pengendalian dan penyimpanan
      yang efisien.
6.   Memahami prinsip-prinsip yang digunakan di dalam pembungkusan yang
      lebih efisien.
7.   Memperolehi pendedahan kepada teknik-teknik praktikal di dalam
      pengendalian kargo, pengurusan stor, penyimpanan dan pengagihan fizikal.
8.   Prinsip 80/20 dan analisa ABC
9.   Bila perlu Stok Keselamatan dan tentukan keperluan Stok Keselamatan.
10. Mengira kuantiti pesanan secara statistik dan memahami kaedah membuat
      ramalan.
11.  Ketapatan masa penghantaran OTD dan pengukuran secara “Span”
12.  Peralatan perlindungan  peribadi (PPE) dalam stor
 
    NOTA:  ALAT-ALAT STATISTIK DALAM EXCEL AKAN DIBERI
                 PERCUMA SEMASA BERKURSUS


kandungan

HARI PERTAMA

1.  Ciri-Ciri Pengurusan Gudang dan Pembuatan moden

2.  Asas-Asas Operasi Stor
      •    Definisi Penstoran
      •    Rekabentuk Stor
      •    Pemilihan Peralatan
      •    Stor Persendirian and Awam

3.  Operasi Penerimaan
      •    Pemeriksaan
      •    Pulangan kepada Pembekal
      •    Pengenalan Bahan

4.  Pengunitan dan Pembungkusan
      •    Dainamik Unit Beban
      •    Penstabilan Unit Beban
      •    Kaedah Sokongan Unit Beban
      •    Keperluan Pembungkusan

HARI KEDUA

5.  Lokasi dan Pengawalan Stok
      •    Sistem Lokasi Stok
      •    Program Pengiraan Kitar

6.  Sistem Penyimpanan dan Pengutipan Automatik
      •    Ciri-Ciri Penyimpanan Bahan
      •    Sistem Input/Output
      •    Sistem Kenderaaan Berpanduan Automatik
      •    Sistem Pengenalan Automatik

7.  Teknik-Teknik Pengurusan Inventori
      •    Jenis-jenis Inventori
      •    Fungsi-fungsi Inventori
      •    Kos-Kos Inventori
      •    Klasifikasi Inventori ABC
      •    Sistem Inventori Konsignmen
      •    Sistem Inventori Berkala
      •    Sistem Inventori Berterusan

8.  Pengedaran Fizikal Inventori
      •    Asas-Asas Pengangkutan
      •    Jenis-jenis Pengangkut
      •    Elemen-elemen Kos Pengangkutan
      •    Sistem Pengangkutan Menyeluruh

metodologi

Kaedah yang akan digunakan ialah syarahan, perbincangan, sesi soal jawab dan
latihan.

peserta

Eksekutif Pembuatan, Perancang Pengeluaran, Eksekutif Pengawalan Inventori,
Pembeli, Pengawal Stok, Penyelia Stor, Penyelia Pengagihan dan Penghantaran
dan yang terlibat dalam operasi gudang, stor dan inventori.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 29/01/2018

Biasa: RM 1,595.00 nett / RM1,495.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,495.00 nett / RM 1,395.00 nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK MOHD PATHIR GOPALAKRISHNAN

Encik Mohd Pathir adalah penceramah dalam Lean 6-Sigma Black Belt dan Six Sigma Green Belt / Project Manager, General Electric (USA) Malaysian Appliance Control. 

Beliau mempunyai B.S (Hons) in Science & Technology (Mathematics), University Malaya, Malaysia. 

En.Mohd Pathir telah dilatih dengan metodologi dan kaedah Six Sigma Black Belt di USA dan Singapura. Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau telah dihantar ke China untuk melatih jurutera-jurutera di Nidec Corporation yang terletak di Dalian,China. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat pengeluar gelendung motor ‘Spindle Motors’, motor kipas mini ‘Mini Fan Motors’, dan lain-lain jenis motor lagi dengan aplikasi kaedah Six Sigma.

Beliau pada mulanya bekerja di syarikat Thong Fook Plastics (M) Sdn. Bhd sebagai Eksekutif QA, dan menguruskan bahagian QA (Jaminan Kualiti) di kesemua jenis pengeluaran beg plastik melalui proses penghasilan berterusan, dan kemudian dilantik sebagai Eksekutif Teknikal yang dipertanggungjawabkan menjaga  bahagian ‘Plastics Injection Molding’. Beliau juga menerima Sijil ‘Plastics Materials and Injection Molding’ yang dikeluarkan oleh CIAST, Jabatan Tenaga Kerja dan menjalankan latihan ‘Plastics Injection Molding’ selama 6 bulan di Minolta Precision (M) Sdn Bhd.

Seterusnya beliau bekerja sebagai Pengurus Pengeluaran di Nidec-Copal , iaitu sebuah syarikat MNC di Jepun yang menghasilkan ‘Optomechatronics’,’Stepper Motors’, ‘Trimmer Potentiometer’, ‘Clik Motor’, ‘PCB Assembly’, ‘Fan Motors’, ‘Injection Moulding’ dan ‘Metal Stamping’. Beliau telah bertindak sebagai wakil dari pihak pengurusan syarikat bagi mencapai ISO9000. Beliau telah dilatih sebagai ketua penilai oleh QMS dan Audit Kualiti Dalaman oleh SIRIM. Beliau telah bekerja di Nidel-Copal (Jepun) selama hampir lapan tahun sebelum berkhidmat di sebuah syarikat MNC di Amerika (iaitu General Electric Appliance Komponen Malaysia USA) sebagai Pengurus Bahan & Khidmat Pelanggan.

Beliau telah berkhidmat selama lima tahun sebagai sebagai Pengurus Bahan & Khidmat Pelanggan di GE, sepanjang perkhidmatan beliau di GE, beliau telah berjaya meningkatkan produktiviti lebih dari US $ 1,800,000.00 melalui aktiviti Six Sigma. Beliau juga telah menerima Anugerah Phillippe 2000 bagi Kepimpinan Masyarakat Berbilang dan juga menamatkan Kursus Latihan Lanjutan Pengurus (‘Manager Advance's Course’) pada tahun 2001 yang dikendalikan oleh GE.

Selain itu, beliau juga berpengetahuan luas dalam bidang EHS, Ergonomi, dan ISO 9001:2000. Beliau mempunyai Kerangkakerja Pengurusan Kimia (‘Chemical Management Framework’) ketika berkhidmat di GE. Dan hampir 2 tahun beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Kerja.  Seterusnya, beliau telah ditugaskan sebagai Penasihat Teknikal di Bahagian Plastik dan Latihan Perunding Metodologi Six Sigma di NCPC, iaitu sebuah syarikat MNC Jepun yang terletak di Filipina. Beliau telah banyak melakukan perubahan seperti penambahbaikan di Bahagian Plastik melalui aplikasi DOE dalam menjalankan pengenalpastian parameter signifikasi dan optimasi. Beliau juga dilantik sebagai pelatih kaedah Six Sigma (DMAIC) kepada semua jurutera dan pengurus di NCPC dari pelbagai bahagian antaranya seperti ‘Plating, Motors’, LED/SMD, Plastik, ‘Metal Stamping’, bahan dan sumber manusia.

Beliau juga melatih pelanggan NCPC kaedah DOE dengan menggunakan perisian statistik iaitu Minitab 15 . Kaedah ini juga turut diajar kepada pelanggan lain seperti (Vishay Semiconductor) di Manila, Filipina, Melaka, Malaysia dan di Shanghai, China.

Tugasan terakhir beliau adalah di Exas Philippines Inc. di Cebu dan Aikawa Philippines Inc. di Batangas, Filipina sebagai Penasihat Teknikal kepada Jabatan Plastik dan Perunding Latihan Six Sigma. Pada Mac 2007 kontrak beliau telah berakhir dan beliau kembali semula ke Malaysia.

Di Malaysia, bermula Mei 2008 dan sehingga Ogos 2008, beliau telah menjalankan latihan dan ‘coaching’ six sigma Green Belt kepada jurutera dan pengurus di Indonesia –seperti di  Perawang, Pekan Baru, Jambi dan Surabaya. Ia merupakan kilang Pulp dan Kertas di Indonesia.

Seterusnya, beliau berpengalaman dalam mengendalikan latihan Six Sigma di Proton, Tesco dan CIMA (Perlis Cement). Sebagai seorang pelatih beliau memiliki kemampuan mengenalpasti peluang peningkatan dalam setiap operasi pembuatan dan juga mampu untuk memberikan kaedah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi di sesebuah organisasi. Beliau telah menjalankan pelbagai latihan dalaman ‘In-House’ dan awam (public training) di Kuala Lumpur, Penang dan Johor. Selain Modul Six Sigma, beliau juga memberikan latihan dalam bidang-bidang yang berikut: Pengurusan Bahan yang Berkesan, Perancangan Kawalan Pengeluaran dan Inventori, Ramalan Statistik, Bagaimana menjadi QA yang Berkesan, Kaedah 7 Alat QC, Teknik Pengurangan Kos dalam Pengeluaran, Kaedah Six Sigma, 3Q6S sebagai kaedah penambahbaikan, Pengurusan Stor dan Inventori Secara Berkesan, Analisis Sistem Pengukuran - ‘Measurement Systems Analysis(MSA)’, Model Regressi, Design of Experiments (DOE), RSM, Kawalan Proses Statistik ‘Statistical Process Control’ (SPC), Environmental Spills (Hazardous Toxic Substances), 6-Sigma Green Belt, 6-Sigma Black Belt.

Encik Mohd Pathir fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.