Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Feb 26 - 27, 2018 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Meningkatkan Kemahiran Pentadbiran Pejabat

(penceramah: Encik Hamdi Othman )

objektif

Objektif utama kursus ini adalah:
   -   Mengukuhkan pengetahuan tentang peranan pejabat dalam sesebuah organisasi;
   -   Menjana idea baru dalam kaedah meningkatkan kebekesana pejabat
   -   Mengukuhkan kompetensi diri dan pentadbiran pejabat untuk
       meningkatkan produktiviti;
   -   Mengukuhkan keberkesanan komunikasi;
   -   Mengenalpasti kaedah yang efektif mengurus pejabat; dan
   -   Memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

kandungan

Pengenalan kepada Pentadbiran Pejabat
     -    Pentadbiran & evolusi pejabat
     -    Pejabat sebagai pusat maklumat
     -    Perkhidmatan pusat maklumat
     -    Prinsip-prinsip organisasi   

Peranan dan Tanggung Jawab Pentadbir Pejabat
     -    Peranan, tanggung jawab & cabaran  
     -    Membangun hubungan sesama manusia
     -    Memahami prosedur kerja & asas organisasi

Mengurus Aktiviti Harian Pejabat
     -    Kawalan fail & maklumat
     -    Kaedah terbaik menangani panggilan telefon

Komunikasi dan Pengurusan Masa  
     -    Perancangan & pengurusan tugasan harian
     -    Halangan komunikasi yang cemerlang
     -    Menyedia surat formal atau tidak formal

Pengurusan Maklumat
     -    Mengurus beban kerja & kawalan maklumat
     -    Kaedah mengurus rekod & mengesan maklumat
     -    Ketepatan menulis rengkasan minit mesyuarat
     -    Amalan beretika di pejabat

Asas Kepuasan Pelanggan
     -    Khidmat pelanggan yang berkesan
     -    Peranan pentadbir dalam mencapai matlamat pasukan
     -    Asas perhubungan pelanggan dalaman & luaran

Pembangunan Diri
     -    Kaedah pengurusan diri
     -    Pengurusan berdasarkan hasil  
     -    Pengurusan stres

metodologi

Kaedah yang akan digunakan ialah syarahan, perbincangan dan latihan.

peserta

Semua kakitangan pentadbiran pejabat yang ingin meningkatkan kemahiran kerja anda.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 12/02/2018

Biasa: RM 1,595.00 nett / RM1,495.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,495.00 nett / RM 1,395.00 nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK HAMDI OTHMAN

Encik Hamdi Othman berkelulusan MSc Human Resource Administration, University of Scranton, USA dan B Social Science, USM. Beliau menerima berbagai latihan dan di antaranya adalah; Management Consultancy (NPC & FGU, Germany), Advanced Management Consultancy (PSB, Singapore & JICA Japan), Total Quality Management by RIPA Institute, London and TNA by APO, Japan.

Encik Hamdi mempunyai pengalaman sebagai seorang jurulatih, penylaras, juruperunding dan pengurus semasa berkhidmat dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC) semenjak 1978. Beliau pernah membentangkan kertas kerja dan menjalankan latihan untuk peserta antarabangsa di Malaysia dan juga di luar negara seperti India, Japan dan Philippines.

Bidang kemahiran Encik Hamdi adalah keusahawanan, komunikasi interpersonal yang efektif, TNA, TQM. Motivasi dan Kepuasan Kerja, Kepimpinan, Rancangan Strategic, 5S dan Pengurusan Am. Pelangan beliau termasuk Petronas Dagang, Asian Productivity Organization, Fujitsu, Toshiba, Ryoden, Dewan Bandaraya KL, Internacional Islamic University Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka, PNB dan banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan yang terkenal.