Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Sep 24, 2019 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Kepimpinan, Motivasi & Peningkatkan Kemahiran Penyeliaan

(penceramah: Encik Hamdi Othman )

objektif

Selepas menghadiri program ini, para peserta akan...

1.   Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi
      seorang penyelia yang lebih berkesan.
2.   Memperoleh kemahiran penyeliaan yang efektif untuk memperkasakan orang
      bawahan sambil membina pasukan yang berprestasi tinggi.
3.   Mengenalpasti sumbangan kepimpinan dalam membina hubungan yang mantap
      antara para pekerja.
4.   Memperoleh kemahiran dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan
      yang diperlukan.
5.   Mengenalpasti pelbagai kaedah untuk memberi motivasi, meningkatkan komitmen
      serta menjana kesetiaan di kalangan kakitangan.

kandungan

1.   Pengenalan Kepada Penyeliaan Dan Pengurusan
        •   Pengurusan dan peranan seorang penyelia.
        •   Fungsi, tugas dan tanggungjawab seorang penyelia.
        •   Punca-punca dan aplikasi kuasa penyelia.

2.   Penyelia Sebagai Pemimpin
        •   Maksud dan definasi Kepimpinan
        •   Gaya kepimpinan yang berbeza
        •   Bagaimana menggunakan gaya-gaya kepimpinan yang sesuai
        •   Teori-Teori Kepimpinan  (Frederick Taylor, Douglas Mc’Gregor).
        •   Kepimpinan Situasi
        •   Hubungan manusia di tempat kerja
        •   Kualiti-kualiti pemimpin yang baik

3.   Mengguna Motivasi Untuk Meningkatkan Prestasi Orang Bawahan
        •   Memahami teori-teori motivasi
        •   Membina motivasi diri
        •   Teori Pygmalion
        •   Kitar Motivasi
        •   Delegasi sebagai alat motivasi
        •   Perbezaan delegasi dengan pelepasan tanggungjawab

4.   Mengurus Kakitangan Bermasalah
        •   Mengenalpasti kakitangan bermasalah
        •   Pendekatan dalam menangani kakitangan bermasalah
              -  Meneutralkan, Memindah, Menstruktur dan Memecat
        •   Bagaimana menyingkir kelakuan yang tidak diingini
        •   Mengubah yang negatif kepada yang positif serta sikap dan
            budaya yang beretika

5.   Meningkatkan Kemahiran Interpersonal Dan Komunikasi Dengan EQ
      (Kepintaran Emosi)
        •   Kepentingan komunikasi yang baik di tempat kerja
        •   Mengatasi halangan kepada komunikasi yang baik
        •   Nilai, persepsi dan emosi
        •   Memahami EQ di tempat kerja
        •   Menggunakan EQ untuk membina semangat berpasukan dan harmoni
            di tempat kerja.

metodologi

Program dua hari ini akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian termasuk menggunakan pendekatan VAK, kaedah 4Mat dan juga musik dan video untuk membolehkan para peserta lebih mudah memahami kandungan program. Sesi perbincangan dan interaksi berkumpulan akan diadakan untuk setiap modul berdasarkan pendekatan Andragogi (pembelajaran dewasa).
Kaedah interaksi berkumpulan yang akan digunakan termasuk kaedah “World Cafe” dan “Open Space Forum”.

peserta

1.   Eksekutif yang baru dilantik
2.   Pengurus yang baru dilantik
3.   Penyelia dan ketua pasukan
4.   Sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran dalam mengurus orang bawahan.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 10/09/2019

Biasa: RM 915.00 nett / RM 865.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 865.00 nett / RM 815.00 Nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK HAMDI OTHMAN

Encik Hamdi Othman berkelulusan MSc Human Resource Administration, University of Scranton, USA dan B Social Science, USM. Beliau menerima berbagai latihan dan di antaranya adalah; Management Consultancy (NPC & FGU, Germany), Advanced Management Consultancy (PSB, Singapore & JICA Japan), Total Quality Management by RIPA Institute, London and TNA by APO, Japan.

Encik Hamdi mempunyai pengalaman sebagai seorang jurulatih, penylaras, juruperunding dan pengurus semasa berkhidmat dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC) semenjak 1978. Beliau pernah membentangkan kertas kerja dan menjalankan latihan untuk peserta antarabangsa di Malaysia dan juga di luar negara seperti India, Japan dan Philippines.

Bidang kemahiran Encik Hamdi adalah keusahawanan, komunikasi interpersonal yang efektif, TNA, TQM. Motivasi dan Kepuasan Kerja, Kepimpinan, Rancangan Strategic, 5S dan Pengurusan Am. Pelangan beliau termasuk Petronas Dagang, Asian Productivity Organization, Fujitsu, Toshiba, Ryoden, Dewan Bandaraya KL, Internacional Islamic University Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka, PNB dan banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan yang terkenal.